PENGURUSAN 2017

Wednesday 30 March 2016

JAMUAN KESYUKURAN PENERIMA APC DAN SAMBUTAN HARI LAHIR WARGA SMeT FASA 1

SMK KUALA TELEMONG : Pada 30 Mac 2016 bertempat di Bilik Penilaian dan Peperiksaan, satu jamuan kesyukuran guru-guru dan staf yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan sambutan hari lahir Warga SMeT fasa 1 (Januari - Mac).



Saturday 26 March 2016

MESYUARAT PIBG TAHUN 2016 DAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2015

SMK KUALA TELEMONG : Pada 26 Mac 2016 (Sabtu), satu Mesyuarat PIBG tahun 2016 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2015 telah diadakan bermula 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Dewan Terbuka SMK Kuala Telemong. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Jailani bin Johari D.S.M.Z, D.I.M.P. , Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (Ahli Parlimen Hulu Terengganu). Majlis turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, YDP PIBG, ahli jawatankuasa PIBG, semua warga Pengurusan dan guru serta ibu bapa pelajar. Majlis dimulai dengan mesyuarat PIBG, kemudian majlis perasmian mesyuarat PIBG, Penyampaian hadiah kecemerlangan, cabutan bertuah dan perasmian Bilik Sarana PIBG.


Tuesday 22 March 2016

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2016

SMK KUALA TELEMONG : Pada 22 Mac 2016 (selasa) bertempat di Dewan Terbuka SMK Kuala Telemong, satu Majlis Pelancaran Program Nilam telah diadakan. Majlis ini berlangsung pada jam 9.00 pagi. Perasmian telah disempurnakan oleh wakil Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. 
Aturcara Majlis :
  • Bacaan Doa
  • Ucapan Aluan Pengetua
  • Ucapan Perasmian wakil Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.
  • Gimik Pelancaran Nilam
  • Nyanyian Koir Lagu Nilam
  • Penyampaian Sijil dan Hadiah kepada Tokoh Nilam Sekolah
  • Penyampaian cenderahati kepada Perasmi
  • Perasmian Pondok Ilmu As Syafie
  • Pelancaran Program Wakaf Buku

Monday 21 March 2016

TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015

SMK KUALA TELEMONG : Pada 21 Mac 2016, bertempat di Dewan SMK Tengku Ampuan Intan bermula jam 2.30 petang, satu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah diadakan. Seramai 5 orang guru dan seorang kakitangan SMK Kuala Telemong telah menerima anugerah tersebut. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua yang terpilih.Semoga menjadi contoh kepada guru-guru dan kakitangan yang lain untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Dari Kiri : Pn. Hasnah bt Zainal Abidin (staf), Pn. Rahimah bt Abd Razak (Guru), Pn. Zuraida bt Ismail (Guru),                    Tn. Hj. Abdul Halim bin Muda (Pengetua), En. Mohd Rozi bin Omar (Guru), En. Shukri bin Wi (Guru) dan                         En. Shukree bin Yusof (Kaunselor)

Sunday 6 March 2016

PERLETAKAN ASAS PENANAMAN KELAPA SAWIT PERINGKAT SMeT 2016

SMK KUALA TELEMONG : Perletakan asas penanaman kelapa sawit peringkat sekolah telah diadakan pada 6 Mac 2016 bertempat di SMK Kuala Telemong. Perletakan asas kelapa sawit  ini telah disempurnakan oleh YB. Dato' Haji Rozi Bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri Terengganu merangkap ADUN Telemong. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dengan projek kelapa sawit ini dan semoga kerja buat ini memberikan hasil yang terbaik untuk menjana pendapatan sekolah.

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 1 MALAYSIA 2016

SMK KUALA TELEMONG : Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia telah diadakan pada 6 Mac 2016 bertempat di Dewan Terbuka SMK Kuala Telemong bermula jam 11.00 pagi. Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YB. Dato' Haji Rozi Bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri Terengganu merangkap ADUN Telemong. Semua ibubapa pelajar yang menerima bantuan dijemput hadir. Terima kasih diucapkan kepada semua warga SMeT yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung. Semoga SMeT terus Maju di masa akan datang.


Thursday 3 March 2016

SEKITAR MAJLIS PENYAMPAIAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2015

SMK KUALA TELEMONG : Keputusan Peperiksaan SPM 2015 telah disampaikan pada 3 Mac 2016 bertempat di Dewan Terbuka SMK Kuala Telemong. Wan Nur Hasanah binti Wan Mamat, pelajar terbaik SPM 2015 yang memperolehi keputusan 6A. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada pelajar yang telah berjaya, Tahniah juga buat semua guru yang memainkan peranan penting dalam setiap kejayaan pelajar SMeT.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...