PENGURUSAN 2017

Monday 17 November 2014

TAHNIAH PASUKAN GSP SMeT


Tahniah dan syabas diucapkan kepada dua pasukan GSP SMeT kerana telah berjaya memenangi tempat kelima bagi kategori Menengah Atas manakala tempat ke enam bagi kategori Menengah Bawah peringkat Negeri Terengganu. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 16 November 2014 bertempat di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu. Semoga kecemerlangan ini akan berterusan pada masa akan datang.

Sunday 16 November 2014

JAMUAN AKHIR TAHUN SMET 2014

Jamuan Akhir Tahun SMeT 2014 telah diadakan pada 16 November 2014 bertempat di Tasik Kenyir Resort pada jam 2.30 petang. 

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.





Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

TAHNIAH BUAT ADIK FARA ANIS AIKAL

Setinggi -tinggi penghargaan buat adik Fara Anis Aikal Binti Mohd Zarawi kerana telah dipilih sebagai Murid Paling Aktif Login  FROG VLE kategori Sekolah Menengah sempena " HARI PEMBELAJARAN MAYA 2014 PERINGKAT DAERAH HULU TERENGGANU " yang telah diadakan di SK Tok Randok pada 15 November 2014. Tahniah juga buat guru pembimbing yang banyak membantu pelajar mengendalikan dashboard FROG VLE.




Thursday 13 November 2014

PROGRAM MENGACAU BUBUR ASYURA

Program Mengacau Bubur Asyura
Tarikh : 12 November 2014
Tempat : Perkarangan Parking Kereta SMK Kuala Telemong

Penglibatan oleh semua pelajar tingkatan 3 dan guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...