PENGURUSAN 2017

Saturday 4 August 2012

PROGRAM BERSAMA YAYASAN KEMANUSIAAN MUSLIM AID MALAYSIA

           Agenda utama YayasanKemanusiaan Muslim Aid Malaysia adalah menyelaras, memberi khidmat nasihat, memantau dan melaksanakan segala aktiviti -aktiviti kemanusiaan. Muslim Aid akan sentiasa menjalankan kajian pembangunan, seterusnya menyalurkan maklumat dan idea agar segala program bantuan dapat dilaksanakan secara telus.
                   Diantara program utama Muslim Aid adalah bantuan untuk anak-anak yatim piatu dan kanak-kanak di mana bekalan makanan, pakaian, rawatan perubatan dan pendidikan asas serta bantuan kewangan disalurkan kepada rumah-rumah anak yatim.



PROGRAM BERSAMA YAYASAN KEMANUSIAAN MUSLIM AID MALAYSIA telah diadakan pada 04 Ogos 2012 bertempat di DEWAN MAKAN ASRAMA SMK KUALA TELEMONG. Sasaran peserta seramai 30 orang PELAJAR YATIM/MISKIN 
SMK KUALA TELEMONG. Mereka telah diraikan dengan Majlis berbuka puasa dan diberi sumbangan duit raya oleh PN ROSIDA BT ISMAIL, PEGAWAI dari YAYASAN KEMANUSIAAN MUSLIM AID MALAYSIA


YAYASAN KEMANUSIAAN MUSLIM AID MALAYSIA sentiasa peka dengan keperluan masyarakat di Malaysia dan di seluruh dunia. Muslim Aid akan menyaring permohonan dan penerima bantuan, serta memastikan saluran dan perlaksanaan projek bantuan sampai ke sasaran. Segala bantuan diurus dengan cara paling produktif, dan yang paling penting, sampai kepada mereka yang sangat memerlukan tanpa mengira warna kulit dan kepercayaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...