PENGURUSAN 2017

Monday 30 April 2012

Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee Pelajar Elit PMR, SPM dan STPM 2012

Setiap organisasi inginkan peningkatan. Begitu juga dengan SMK Kuala Telemong yang mencari idea bagaimana memantapkan prestasi akademik pelajarnya dari tahun ke tahun. Pelbagai program telah dirancang dan salah satu daripadanya ialah pelaksanaan mentor mentee bagi calon PMR, SPM dan STPM. Justeru itu pada tahun ini, Unit Bimbingan Kaunseling dengan kerjasama jawatankuasa PMR, SPM dan STPM akan melaksanakan program ini untuk kecemerlangan pelajar.


Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti oleh Ucapan daripada Pn Hajjah Norrizam Yusoff (PK Pentadbiran) dan telah dirasmikan oleh To' Puan Hajjah Rahmah binti Ahmad, Pengetua SMK Kuala Telemong.

Program ini dilaksanakan bagi membolehkan penilaian prestasi pelajar SMK Kuala Telemong dibuat secara khusus iaitu setiap pelajar (mentee) akan diagihkan kepada seorang ibu atau bapa angkat (mentor) untuk membimbing serta membantu pelajar berkenaan dalam semua bidang termasuklah soal peribadi pelajar yang diamanahkan kepada guru-guru berkenaan. 

Antara Objektif Program :
1.   Meningkatkan bilangan dan peratusan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM.
2.       Supaya guru dapat mendekatai pelajar dengan lebih mendalam.
3.       Supaya guru dapat mengenalpasti masalah pembelajaran pelajar.
4.    Supaya guru dapat membimbing pelajar bagi memperbaiki sahsiah dan meningkatkan prestasi akademik.



Program Bersama Pegawai MAIDAM


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIDAM, Tuan Haji Wan Harujan bin Wan Sulaiman telah hadir untuk member motivasi kepada pelajar dan penyerahan cek untuk pembesaran surau dan kecemerlangan pelajar pada 30 April 2012 (Isnin) bermula 7.30 pagi hingga 9.30 pagi bertempat di Dataran Perhimpunan.


Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Kali Ke 10/2012

Ko-kurikulum adalah salah satu cabang yang sangat penting dalam kurikulum pendidikan Negara. Oleh hal yang demikian, Unit Perkhemahan Unit Beruniform SMK Kuala Telemong tahun ini cuba merangka program yang lebih agresif dan berinovatif dalam memenuhi tuntutan kejayaan yang lebih cemerlang dalam diri seseorang murid. Perkhemahan ini juga bertujuan untuk membina insan yang lebig cemerlang , seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan social melalui aktiviti yang telah dirancangkan.

Perkhemahan Pasukan Bandan Beruniform (PBB) kali ke 10/2012 telah diadakan pada 26, 27 dan 28 April 2012 bertempat di SMK Kuala Telemong. Perkhemahan ini dianjurkan oleh Unit Ko Kurikulum SMK Kuala Telemong dengan bertemakan “Ko-Kurikulum dan kecemerlangan Kendiri”.

Photobucket
Klik pada gambar untuk melihat gambar-gambar sepanjang perkhemahan dijalankan

Antara objektif perkhemahan ini ialah pelajar lebih berkeyakinan dan sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan bekerjasama antara satu sama lain, dapat mengukuhkan hubungan diantara pelajar dan guru serta dapat meningkatkan ketahanan mental dan fizikal pelajar.

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan iaitu :

Aktiviti 1 – Riadah / Nyanyian Lagu Patriotik
Aktiviti 2 – Demostrasi Pertolongan Cemas (PBSM)
Aktiviti 3 – Demostrasi Abserling (JPA)
Aktiviti 4 – Pertandingan Kawad Kaki dan Orientering
Aktiviti 5 – Pertandingan Kitar Semula Suni Kraft, Gajet dan Masakan
Aktiviti 6 – Persiapan Malam Kebudayaan
Aktiviti 7 – Malam Kebudayaan,

 Majlis perasmian penutup perkhemahan telah disempurnakan oleh YDP PIBG SMK Kuala Telemong iaitu En. Abdul Mutalib bin Musa.
 

Sunday 29 April 2012

Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2012

Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang diistiharkan oleh UNESCO pada 23 April setiap tahun, Perbadanan Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu telah menganjurkan program sambutan hari tersebut pada 26 April 2012 (Khamis) hingga 28 April 2012 (Sabtu) bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu.

Pelbagai program telah diadakan antaranya yang disertai oleh pelajar tingkatan enam SMK Kuala Telemong iaitu Bengkel Asas Penggunaan Adobe Photoshop yang telah diberikan oleh
En.Mohd Sabri b Yahya dari PPDHT. Seramai 50 orang peserta yang telah menyertai bengkel ini dan mereka terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Daerah Hulu Terengganu.

LIMA ORANG PELAJAR DARI SMK KUALA TELEMONG YANG MENYERTAI BENGKEL ADOBE PHOTOSHOP  


PELAJAR DARI SMK KUALA TELEMONG DIJEMPUT UNTUK MENDEKLASIKAN SAJAK SEMPENA MAJLIS PENUTUP HARI BUKU  DAN HAK CIPTA SEDUNIA.
 

Friday 20 April 2012

Program Hikmah Kembara Siri 1


PROGRAM HIKMAH KEMBARA SIRI 1/2012
TARIKH :
20 April 2012 (Jumaat)

ANJURAN :
Unit Kaunseling & Kerjaya (HEPA, UniSZA dengan kerjasama SMK Kuala Telemong

Tuesday 17 April 2012

Program AADK



CERAMAH AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN DAERAH HULU TERENGGANU
KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Oleh : 

Ahmad Badrul Hisham Bin HAji Mukhatar
Pegawai Pencegahan

Tarikh : 17 April 2012 
Tempat : Dewan Terbuka SMK Kuala Telemong

Monday 16 April 2012

Ceramah Disiplin


Ceramah Disiplin telah diadakan pada 16 April 2012 bertempat di Dewan Terbuka SMK Kuala Telemong.

Penceramah :
En. Afandi Bin Abdul Ghani
Penolong PPD Pendidikan Pencegahan Dadah & Pegawai Disiplin PPD Hulu Terengganu

Tajuk :
Wacana Pemantapan Sahsiah dan Disiplin HUTEC 2012 

Saturday 14 April 2012

Majlis Penyerahan Netbook 1Malaysia Dun Telemong



Pada 14 Mei 2012 bertempat di Akademi Binaan Malaysia (ABM), Jenagor, Hulu Terengganu, satu majlis penyerahan netbook 1 Malaysia bagi kawasan DUN Telemong telah diadakan. Antara sekolah yang terlibat ialah SMK Kuala Telemong, SMK Tun Indera, SMK Kuala Jenderis, SMK Matang dan SMK Jenagor. Seramai 151 orang pelajar dari SMK Kuala Telemong telah menerima netbook dalam majlis tersebut. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Haji Mohd Nor Othman.

Tuesday 10 April 2012

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2011 & Temu Murni Perdana

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2011 dan Temu Murni Perdana Calon PMR, SPM dan STPM 2012 telah diadakan pada 9 April 2012. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Rozi Bin Mamat (A.M.T) , Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu merangkap ADUN Telemong.

Sambutan ketibaan YB Tuan Haji Rozi bin Mamat dan Perasmian Majlis. Sila klik di SINI untuk melihat gambar.

Penyampaian Anugerah kepada pelajar- pelajar cemerlang dan guru-guru bagi matapelajaran mencapai 100% lulus bagi keputusan SPM 2011 . Sila klik di SINI untuk melihat gambar.

Ceramah Motivasi dan Temu Murni guru dan ibubapa bagi pelajar PMR, SPM dan STPM. Sila klik di SINI untuk melihat gambar.

Wednesday 4 April 2012

Majlis Tadarus Al-Quran

Majlis Tadarus Al-Quran peringkat sekolah 2012 (1433H) telah diadakan pada 3 April 2012. Majlis Tadarus Al-Quran merupakan satu medan bagi melahirkan pelajar Islam yang bersahsiah dan berkeyakinan tinggi dalam berdepan dengan masyarakat sekolah khususnya. Ia merangkumi pertandingan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Sehubungan dengan itu, Badan Dakwah dan Penghayatan Islam dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam menganjurkan Majlis Tadarus Al-Quran dalam usaha mencungkil bakat pelajar dalam pelbagai pertandingan antaranya Tilawah Al-Quran, hafazan dan syarahan agama.

Antara Objektif Program :
  • Menyediakan peserta MTQ yang mempunyai daya saing yang tinggi untuk mewakili Daerah Hulu Terengganu.
  • Melahirkan pelajar yang taat kepada agama.
  • Mengembangkan bakat sedia ada dalam diri pelajar untuk diketengah ke peringkat yang lebih tinggi.

Tuesday 3 April 2012

Membaca 10 Minit setiap hari selasa sempena Program Nilam



Sempena Program NILAM 2012 dengan tema “Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya”, warga SMKKT melancarkan salah satu aktiviti sempena Program NILAM iaitu membaca selama 10minit pada setiap hari selasa selepas waktu perhimpunan pagi. Aktiviti ini dilakasanakan bagi merealisasikan Program NILAM 2012 dan menggalakkan setiap guru dan pelajar membudayakan sikap suka membaca walaupun dimana mereka berada. Semoga salah satu aktiviti yang diadakan ini dapat mencapai matlamat dan objektif Program pada tahun ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...